BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, September 3, 2009

ASAS PENGAJIAN KEMANUSIAAN

FUNGSI MANUSIA

v Manusia sebagai khalifah

Manusia adalah sejenis makhluk Allah yang paling istimewa jika dibandingkan dengan makhluk-makhluk lain.Diberikan kepadanya sifat-sifat khusus untuk membolehkannya menanggung amanah Allah yang tidak tertanggung oleh makhluk-makhluk lain. Walaupun makhluk itu lebih besar dan gagah daripada manusia itu sendiri. Langit,matahari,bintang-bintang,bumi,bukit-bukau dan sebagainya adalah makhluk –makhluk Allah yang hebat bentuknya,tetapi kecil pada kesanggupan dan kebolehan untuk menjadi makhluk Allah yang terbaik bagi menanggung amanah-Nya.

Ketika Allah s.w.t. membentangkan kepada makhluk-makhluk-Nya yang besar dan raksasa,untuk menanggung suatu amanah ,maka semua makhluk itu telah menolak tawaran tersebut.Tiba-tiba makhluk yang bernama insan atau manusia,sanggup menerima dan menanggung amanah itu.Peristiwa pembentangan amanah tersebut telah dirakamkan dalam wahyu Ilahi yang diturunkan kepada Muhammad s.a.w dengan

firman-Nya yang bermaksud:

72. Sesungguhnya kami Telah mengemukakan amanat[1233] kepada langit, bumi dan gunung-gunung, Maka semuanya enggan untuk memikul amanat itu dan mereka khawatir akan mengkhianatinya, dan dipikullah amanat itu oleh manusia. Sesungguhnya manusia itu amat zalim dan amat bodoh”

[1233] yang dimaksud dengan amanat di sini ialah tugas-tugas keagamaan.

Manusia sebagai khalifah berkewajipan untuk menanggung amanah yang telah diberikan oleh Allah s.w.t. Sifat khalifah yang digelarkan kepada makhluk yang bernama insan itu memang cocok dengan amanah yang diterima untuk dilaksanakan.

Menurut Jumhur Ulama’ :amanah itu ialah ”kewajipan menegakkan agama Allah ”islam” dan kewajipan melaksanakan agama Allah ”islam” yang diberikan kepada manusia.

Khalifah adalah satu keistimewaan besar yang hanya diberikan kepada manusia, dan tidak diberikan kepada malaikat, jauh lagi untuk diberikan kepada jin.Dari sini dapat diyakini bahawa bukan setiap hamba itu layak dan berhak menjadi khalifatullah.Seterusnya juga bukan setiap manusia yang pada hakikatnya hamba itu dengan sendirinya adalah khalifah. Walaupun dari segi hakikatnya manusia itu hamba dan khalifah Allah.namun dari segi konsep dan perlaksanaannya adalah tidak.Oleh kerana itu maka manusia yang layak dan berhak menjadi khalifah itu ialah manusia yang telah melaksanakan konsep kehambaan diri kepada Allah,dan telah melaksanakan konsep penyerahan diri kepada Allah dalam keempat-empat ciri iaitu : Aqidah,Akhlak,Ibadat dan Syari’at.

v Manusia sebagai hamba Allah (pengabdiannya)

Siapakah manusia itu pada hakikatnya? Manusia adalah hamba,hamba kepada Allah Maha Penciptanya. Kerana setiap yang dicipta itu pada hakikatnya adalah hamba kepada yang menciptanya.Maka ia tidak mempunyai atau memiliki dirinya,tenaganya dan hartanya.Kesemuanya itu adalah menjadi hak milik kepada tuannya.Jika demikian halnya jadi diri si hamba kepada manusia maka akan lebih dari itu hal diri si hamba kepada Maha Penciptanya.Hidup dan matinya,sembahyang dan nusuknya,nyawa dan hartanya,anak dan isterinya adalah hak kepunyaan Allah,yang sewajibnya diperlakukan untuk Allah dan kerana Allah.Jadi manusia mesti mengabdikan diri kepada Allah yang Esa.

Hakikat bahawa manusia sebagai hamba Allah bukanlah satu penghinaan atau satu kehinaan kepada manusia.Sebaliknya gelaran hamba Allah adalah satu gelaran yang paling tinggi kepada manusia seperti yang ditegaskan oleh Allah dalam Al-Quran, kerana itulah gelaran yang diberikan kepada setiap Nabi dan Rasul. Kehambaan diri manusia kepada Allah maha pencipta hakikatnya adalah kemuliaan, keagungan dan kekuatan.

Kehinaan yang paling hina ialah kehambaan manusia kepada sesama manusia atau makhluk. Inilah yang ditentang dan cuba dibasmi oleh islam melalui asas dan konsep tauhid.Salah satu daripada keistimewaan atau kemuliaan manusia sebagai hamba Allah ialah manusia yang sebenarnya hamba kepada Allah itu telah dianugerahkan satu tugas amanah yang tidak dipunyai oleh seluruh makhluk lainnya; iaitu khalifatullah di muka bumi.

Menepati dengan hakikat ini,maka sudah pastilah manusia tunduk,patuh,taat setia mengikut dan menurut kehendak Allah maha penciptanya.Jelas manusia pastilah sujud dan pastilah menyerah diri kepada allah.

Firman Allah yang bermaksud:

125. Dan siapakah yang lebih baik agamanya dari pada orang yang ikhlas menyerahkan dirinya kepada Allah

(surah Al-Nisa’ 4:125)

ILMU DAN MAKRIFAT

* Al Ilm (Ilmu / Science)

Al ’Ilm(Ilmu) bererti ma’rifah (pengetahuan ) tentang sesuatu yang diketahui dari dzat ( esensi ), sifat dan makna.Ia adalah kata abstrak atau masdar dari Alima-ya’lamu-’ilman.dan ianya berlawanan dengan jahala (tidak mengetahui). Ilmu terbahagi kepada dua iaitu dharury dan nadhary.

Ilmu dharury adalah ilmu yang tidak memerlukan perenungan dan pemikiran mengenai segala sesuatu yang telah ada dalam pikiran (al badahiyyaat) seperti pengetahuan tentang sesuatu yang dapat dirasakan (mahsuusaat) dan dilihat ( mar’iyyaat) yang diketahui dengan pancaindera yaitu pendengaran ,penglihatan ,rasa dan sebagainya.’Al-Badahiyyaat” adalah pengetahuan yang telah ada dalam jiwa manusia sejak mula tanpa sebab pemikiran dan analisis,seperti langit di atas kita dan bumi di bawah kita, manusia lain dari haiwan dan panas lawan dari dingin.

Sedangkan ilmu nadhary adalah ilmu yang memerlukan perenungan dan pemikiran,baik yang diketahui melalui hati saja seperti hal-hal ghaib, misalnya mengenai keberadaban Allah.Malaikat dan lain-lain,atau yang diketahui melalui hati dan inderaseperti satu adalah setengah dan seperenamnya dua belas (1= ½[1/6 x 12] )

Kata ”ilmu” dan pengetahuan” atau ”ilmu pengetahuan” dalam bahasa Indonesia terkadang dipergunakan sebagai erti dari kata ’ilm’ diterjemahkan sebagai ”ilmu” atau”ilmu pengetahuan” (science) sedangkan kata makrifat sebagai ”pengetahuan biasa” atau singkatnya ”pengetahuan ”(knowledge). Mengenai kata fahm dan fiqh,

Biasanya keduanya,diterjemahkan sebagai ”pengertian,” yang maksudnya adalah ”pemahaman yang lebih mendalam.”

* Ma’rifat (pengetahuan / knowledge)

Ma’rifat dari perkataan bahasa arab,`arafa,ya`rifu,irfan. Maksudnya pengetahuan atau pengalaman.pengetahuan tentang rahsia hakikat agama.Al Ma’rifat (definite) adalah lawan dari an-nakirah ( indefinite).Mengetahui (’arafa) sesuatu bererti mempersepsi (adraka ) hal tersebut sebagaimana adanya (sesuai dengan kenyataan ).Apakah pengetahuan itu bererti ilmu?

Pengetahuan dapat pula bererti ilmu kerana pengertian ’arafa syai’an bererti Alimahu (mengetahuinya ),seperti kata al-hamdu (puji) dan asy-syukru (syukur),yang keduanya terkadang saling dipertukarkan dalam penggunaannya,yang pada hakikatnya al-hamdu lebih khusus sumbernya dan lebih umum hubungannya,berbeda dengan asy-syukru yang lebih khusus hubungannya dan lebih umum sumbernya.

* Perbezaan ilmu dan ma’rifat

1. kata ’ilmu’ lebih khusus sumbernya dan lebih umum kaitannya,sedangkan kata ’pengetahuan’lebih umum sumbernya dan lebih khusus kaitannya.

2. secara umum, ma’rifat lebih banyak berkaitan dengan esensi atau sifat-sifat,bukan makna. Oleh kerana itu ada sebutan al-Ma’aarif al-insaaniyyah (pengetahun manusia ),yaitu pengetahuan Yang diketahui oleh manusia ditinjau dari sudut pandang disiplin ilmu yang bermacam-macam seperti kedoktoran,matematik,sejarah dan industri.

3. ”pengetahuan”(ma’rifat) harus didahului oleh ”ketidaktahuan” (al jahl) berbeda dengan ”ilmu” (’ilm),ia tidak mensyaratkan didahului oleh ketidaktahuan .

Oleh kerana itu, sifat Allah s.a.w. tidak disebut ma’rifat tetapi ’ilm, kerana ma’rifah didahului oleh ketidaktahuan sedangkan Allah mengetahui segala sesuatu sebelum diciptakannya,kerana ilmu-Nya mendahului segala sesuatu yang diketahui.

Jika diperhatikan ,ma’rifah lebih banyak berkaitan dengan masalah-masalah esensi (dzat) daripada masalah-masalah makna atau pengertiannya.Di dalam Al-Quran,Allah berfirman dalam surah Muhammad ayat 30 bahawa kata ma’rifah dalam ayat ini dipergunakan untuk menyebut pengetahuan tentang esensi (dzat).

Keutamaan ilmu

Allah S.W.T. berfirman,” Allah akan mengangkat darjat orang-orang yang beriman di antara kamu dan orang-orang yang mempunyai ilmu.” (surah Al-Mujadalah:11)

Jika ilmu bukan sesuatu yang mulia dalam kehidupan ini ,maka Allah tidak akan memerintahkan rasul-rasul-Nya untuk memohon kepada-Nya supaya menambah ilmu mereka seperti disebutkan dalam firman-Nya,”Katakanlah,wahai Tuhanku,tambahkanlah ilmu kepadaku.” (surah Thaha: 114)

Sebahagian ulama’ mengatakan bahawa firman Allah yang menyebutkan ,”Dan Dia mengajarkan seluruh nama-nama kepada Adam” menunjukkan keutamaan ilmu, kerana Allah tiidak menampakkan kesempurnaan hikmah-Nya dalam penciptaan Adam kecuali dengan menampakkan ilmunya.

Muslim juga telah meriwayatkan dari Abu Hurairah r.a bahawa Nabi S.A.W bersabda:

Yang bermaksud:

”Apabila Bani Adam meninggal dunia, maka putuslah semua amalnya kecuali tiga perkara :sedekah jariah(yang terus mengalir), ilmu yang bermanfaat ,atau anak yng soleh yang mendoakannya.”

Perhatikanlah bagaimana ilmu disamakan dengan harta dan anak dan bukan sekadar harta atau anak,tetapi harta yang mengalir yang disedekahkannya sehingga mengalir pula pahalanya untuk masa yang tak terbatas ,lalu anak yang soleh yang memberikan sedekah.

dengan keutamaan hartanya untuk orang tuanya dan memohonkan ampunan dan rahmat untuknya sepanjang hayat.

Dalil dari hadith,sabda Rasulullah S.A.W.:

Yang bermaksud: “Barangsiapa menempuh jalan untuk mencari ilmu maka Allah akan memudahkan baginya jalan ke syurga.”

Hadith ni menunjukkan bahawa ilmu mempunyai keutamaan dan kemuliaan sehinggakan ilmu itu sebagai petunjuk jalan ke syurga dan jalan yang benar.Jika seorang muslim telah menambatkan hatinya untuk menuntut ilmu dan ia berhasil mencapainya hingga ia memahami agamanya secara mendalam maka ia berhak mendapatkan kebaikan dan ia termasukorang-oarng yang baik.

Perkataan Sahabat tentang keutamaan ilmu

  1. Ad-Darami meriwayatkan bahawa Ka’ab mengatakan dunia ini terlaknat dan penghuninya pun terlaknat kecuali orang yang mempelajari kebaikan atau mengajarkannya.”
  2. Ad-Darami juga meriwayatkan dari Khalid bin Ma’dan,mengatakan,”kebaikan adalah bagi orang yang berilmu dan orang yang belajar,sedangkan orang yang berada di antara keduanya ia adalah orang hina yang tidak mempunyai kebaikan.”
  3. Ad-Darami meriwayatkan pula dari Abu Darda, ia berkata,” Belajar kamu sekalian sebelum ilmu itu dicabut,sesungguhnya ilmu itu akan dicabut dengan dicabutnya para ulama,dan seorang yang berilmu dengan seorang yang belajar ilmu mempunyai pahala yang sama.”

PERSONALITI DAN IDENTITI MANUSIA

Personaliti selalu dikaitkan dengan akhlak atau keperibadiaan seseorang individu samada ianya baik atau sebaliknya.Ia terbentuk berdasarkan jiwa atau hati yang merupakan jasad manusia.

Sajak Hati Orang Mukmin

Orang mukmin itu hatinya sentiasa gelisah

Bukan gelisah kerana dunia

dan bagaimana nasib di dunia dimasa tuanya

Resah dan gelisah dengan Tuhan dan hari Akhiratnya

Berbagai-bagai perasaanlah yang dia rasa,

Hingga hatinya sibuk dengan Tuhannya

Susah dengan dosa sama ada yang sudah dilakukan

Mahupun kalu terbuat dimasa depannya

Apakah Tuhan sudah terima taubatnya ,

Hatinya berkata-kata sentiasa

Ibadahnya adakah Tuhan terima?!

Amal kebajikannya apakah ikhlas dia membuatnya,

Kerana tipuan syaitan dan hati amat halus

Ikhlas di pangkal,rosak di dalam perjalanannya,

Selamat di dalam perjalanan, rosak pula di hujungnya

Bagaimana nanti penutup hidupnya?

Atau penutup umurnya

Apakah husnul khatimah atau suul khatimah

Sedangkan menuju Akhirat gangguan terlalu banyaknya

Bukan sahaja gangguan luarnya

Tapi gangguan batinnya lagilah amat halus

Kesalahan batin banyak yang tidak sedar berlaku

Aduh hatinya gundah-gulana sahaja selalu

Selalu sahaja berombak,macam air laut

Sentiasa berkocak tidak henti-hentinya,

Walaupun badan lahir sesama manusia,

Makan sama,berjalan sama,berbual sama

,tapi lautan hatinya bergelombang tidak sama

Bergelombang kerana takut dengan Tuhannya,

Kalau tidak gelombang besar,gelombang kecil pasti ada

Kalaulah gelombang hati orang mukmin itu

Di perlihatkan kepada manusia bersamanya

Nescaya manusia tidak minat hendak bergaul bersamanya

Kerana orang yang bersamanya terganggu sama hatinya

Begitulah hati orang mukmin,walaupun bibirnya tersenyum

Tapi hatinya muram sahaja

Dalam amalan islam kita sekarang nampaknya macam semuanya ada. Seperti semuanya lengkap.Namun ada perkara yang sangat ketara yang wujud di zaman Rasulullah dan para salafussoleh tetapi tidak ada dalam islam kita hari ini.Iaitu persoalan Taqwa. Baik ilmunya,kefahamannya,lebih-lebih lagilah amalan penghayatan dan penjiwaannya.Kalaupun kita ada sebut taqwa sekali-sekala tetapi fahamannya jauh tersimpang dari maksud yang sebenar.hakikatnya kita tidak ada taqwa.

Walhal taqwalah sumber kekuatan umat Islam. Sebab taqwalah umat Islam dibantu,dibela dan dilindungi oleh Allah.Sebab taqwalah umat Islam diberi kejayaan dan kemenangan.Inilah modal yang tidak ada pada kita hari ini.Itu sebab kita lemah,berpecah belah dan tidak dibantu.Jadi,yakinlah ,ikhlaskan niat dan hubungkan hati kita dengan pencipta kita supaya kita dapat memupuk kekuatan jiwa dan rohani yang menjamin kejayaan kita di dunia dan di Akhirat.

Penyakit hati yang merosakkan personaliti dan identiti umat islam

Firman Allah yang bermaksud:

125. Dan adapun orang-orang yang di dalam hati mereka ada penyakit[666], Maka dengan surat itu bertambah kekotoran mereka, disamping kekotorannya (yang Telah ada) dan mereka mati dalam keadaan kufur.

[666] maksudnya penyakit bathiniyah seperti kekafiran, kemunafikan, keraguan-keraguan dan sebagainya.

(surah At-Taubat:125)

Apabila seseorang itu melakukan maksiat,maka satu titik hitam akan muncul pada hatinya,jika ia tidak bertaubat,titik hitam ini akan kekal.Sekiranya ia bertaubat dan memohon ampun,titik hitam ini akan hilang.Sekiranya mereka berterusan melakukan maksiat,lama-kelamaan hati mereka akan menjadi hitam.Pada saat itu,mereka terhijab dari makrifatullah.

Firman Allah yang bermaksud:

179. Dan Sesungguhnya kami jadikan untuk (isi neraka Jahannam) kebanyakan dari jin dan manusia, mereka mempunyai hati, tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami (ayat-ayat Allah) dan mereka mempunyai mata (tetapi) tidak dipergunakannya untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah), dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengar (ayat-ayat Allah). mereka itu sebagai binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi. mereka Itulah orang-orang yang lalai.

(surah al-A’raf:179)

Walaupun mereka telah melihat tanda-tanda kebesaran Allah S.W.T. yang telah diperlihatkan kepada mereka ,hati mereka tetap mengingkarinya. Keingkaran ini berkemungkinan disebabkan perasaan sombong,keras kepala dan enggan menerima kebenaran. Justeru itu,Allah S.A.W. menutup pintu hati mereka,telinga dan pendengaran mereka.Allah telah berfirman yang bermaksud:

25. Dan di antara mereka ada orang yang mendengarkani (bacaan)mu, padahal kami Telah meletakkan tutupan di atas hati mereka (sehingga mereka tidak) memahaminya dan (Kami letakkan) sumbatan di telinganya. dan jikapun mereka melihat segala tanda (kebenaran), mereka tetap tidak mau beriman kepadanya. sehingga apabila mereka datang kepadamu untuk membantahmu, orang-orang kafir itu berkata: "Al-Quran Ini tidak lain hanyalah dongengan orang-orang dahulu."

Membentuk personaliti mengikut syariat islam

Firman Allah yang bermaksud:

57. Hai manusia, Sesungguhnya Telah datang kepadamu pelajaran dari Tuhanmu dan penyembuh bagi penyakit-penyakit (yang berada) dalam dada dan petunjuk serta rahmat bagi orang-orang yang beriman.

(surah yunus:57)

Firman Allah yang bermaksud:

34. Dan tidaklah sama kebaikan dan kejahatan. Tolaklah (kejahatan itu) dengan cara yang lebih baik, Maka tiba-tiba orang yang antaramu dan antara dia ada permusuhan seolah-olah Telah menjadi teman yang sangat setia.

( surah al-fussilat:34)

Rasulullah telah memperingatkan:maksudnya:

Bertaqwalah kepada Allah di mana saja kamu berada,dan ikutilah perbuatan jahat itu dengan kebaikan,supaya terhapus kejahatan dan bergaullah dengan sesama manusia dengan budi yang baik.” (At-Tirmidzi)

Prof.Yusuf Al-Qardawi (1977:110-114) ,membuat kategori kesyumulan prinsip akhlak islam kepada beberapa aspek termasuk akhlak terhadap diri sendiri,terhadap keluarga,terhadap masyarakat,terhadap alam semesta dan terhadap Allah.Manakala Muhammad Abdullah Darraz (1991:687-779) ,pula memberi klasifikasi prinsip akhlak amali islam kepada akhlak individu,keluarga,masyarakat,pemerintah dan keagamaan.

Jalan-jalan pembentukan wibawa dan personaliti

1. melalui pemberian Allah

2. melalui usaha ikhtiar atau latihan

3. melalui pengaruh kawan

Keagungan wibawa personaliti Rasulullah s.a.w.

Tidak ada makhluk yang lebih mulia akhlaknya melainkan Rasulullah.Walaupun Allah telah menjamin Rasulullah sebaik-baik makhluk,sebaik-baik akhlak dan terpelihara daripada kejahatan dan dosa,tapi selaku hamba Rasulullah sentiasa berdoa agar Allah mengelokkan akhlaknya dan menjauhinya daripada akhlak buruk . sifat itu merupakan salah satu daripada sifat tawadhuk baginda,disamping dilakukannya untuk tujuan agar ditiru dan diikuti oleh umatnya.

Bagaiman pula dengan kita yang tidak ada jaminan dan tidak dilahirkan selaku manusia yang sedia berakhlak mulia.Lebih-lebih lagi patut kita berusaha membina akhlak mulia melalui latihan yang bersungguh-sungguh tanpa henti-henti dan tanpa mengenal jemu.Kita contohilah apa yang dilakukan oleh Rasulullah. Disamping berusaha diiringi pula dengan doa agar Allah membantu dan memimpin kita mencapai akhlak terpuji.

Kita lihat bagaimana setiap ketika Rasulullah berdoa dengan doa-doa berikut:

اللهم حسن خلقي وخلقي

Maksudnya: “Ya Allah,elokkanlah akan kejadian tubuh badanku.dan elok pula akan akhlak ku”

(Riwayat Ahmad)

Gambaran personaliti muslim yang syumul

Firman Allah yang bermaksud:

24. Tidakkah kamu perhatikan bagaimana Allah Telah membuat perumpamaan kalimat yang baik[786] seperti pohon yang baik, akarnya teguh dan cabangnya (menjulang) ke langit,

25. Pohon itu memberikan buahnya pada setiap musim dengan seizin Tuhannya. Allah membuat perumpamaan-perumpamaan itu untuk manusia supaya mereka selalu ingat.

[786] termasuk dalam Kalimat yang baik ialah kalimat tauhid, segala Ucapan yang menyeru kepada kebajikan dan mencegah dari kemungkaran serta perbuatan yang baik. kalimat tauhid seperti Laa ilaa ha illallaah.

(surah Ibrahim ayat: 24-25)

Perumpamaan di atas,Allah telah mengumpamakan akan makhluk manusia baik,yang beriman dan bertakwa yang telah tertanam di dalam hatinya akan KALIMAH TAYYIBAH,ia akan menjadi seperti sebatang pokok yang baik serta berguna,yang ada akar tunjang yang teguh dan ranting dan dahan yang menjulang tinggi mencakar langit dan yang mengeluarkan pula buah-buah yang enak yang dapat dinikmati dan menjadi tumpuan oleh semua makhluk di bumi Allah ini.

Analogi itu Allah tujukan kepada manusia yang hatinya benar-benar beriman dan bertakwa yang membuahkan akhlak yang mulia dan terpancar sifat (akhlak) yang baik.

KEJADIAN MANUSIA

PENGARUH GENETIK DAN UNSUR –UNSUR FIZIKAL

Menurut Al-Quran yang disampaikan kepada manusia menerusi Rasul dan Nabi-Nya telah menegaskan bahawa manusia dicipta oleh Allah daripada dua unsur jasmani dan rohani.


Unsur jasmani

Firman Allah:

Maksudnya:

12. Dan Sesungguhnya kami Telah menciptakan manusia dari suatu saripati (berasal) dari tanah.

13. Kemudian kami jadikan saripati itu air mani (yang disimpan) dalam tempat yang kokoh (rahim).

14. Kemudian air mani itu kami jadikan segumpal darah, lalu segumpal darah itu kami jadikan segumpal daging, dan segumpal daging itu kami jadikan tulang belulang, lalu tulang belulang itu kami bungkus dengan daging. Kemudian kami jadikan dia makhluk yang (berbentuk) lain. Maka Maha sucilah Allah, Pencipta yang paling baik.

Al-Quran telah menceritakan secara terperinci tentang proses kejadian manusia sama ada manusia yang pertama (Adam) ataupun zuriat keturunannya,dari sudut unsur jasmaninya.

Al-Quran telah menyebutkan tentang proses kejadian Adam :

  1. Daripada air
  2. Daripada tanah (al-Turab)
  3. Daripada pati tanah
  4. Daripada tanah tin yang liat dan sebati
  5. Daripada tanah yang panas yang berbatu
  6. Daripada tanah yang keras seperti tembikar
  7. Daripada tanah bumi
  8. Menjadikan bentuk – rupa

Tentang proses kejadian zuriat keturunan Adam pula al-Quran menjelaskan begitu terperinci :

  1. Janin dalam perut ibu kamu
  2. Zuriat keturunannya daripada pati air yang hina
  3. mencipta kamu berperingkat-peringkat
  4. Menciptakan kamu dalam perut ibu-ibu kamu seperingkat (ciptaan ) dalam tiga kegelapan
  5. Nutfah atau air benih

  1. Air mani
  2. ‘Alaqah
  3. Mudghah
  4. Tulang
  5. Daging
  6. Satu ciptaan lain (dalam bentuk manusia )
  7. Menyempurnakan penciptaaan bentuk rupa manusia

Unsur Rohani

Adapun tentang unsur kerohanian maka Al-Quran menegaskan:

Yang bermaksud:

29. Maka apabila Aku Telah menyempurnakan kejadiannya, dan Telah meniup kan kedalamnya ruh (ciptaan)-Ku, Maka tunduklah kamu kepadanya dengan bersujud[796].

[796] dimaksud dengan sujud di sini bukan menyembah, tetapi sebagai penghormatan.

Dalam ayat-ayat yang disebut di atas Allah hanya menegaskan bahawa Allah telah meniupkan daripada roh-Nya pada jasmani Adam atau jasmani zuriat keturunannya setelah dijadikan bentuk rupanya sebagai insan,( adalah insan yang serupa bentuk insan kini ) Allah telah tidak menceritakan kepada kita tentang cara atau kaifiyat Allah meniupkan daripada roh-Nya itu.Cara atau kaifiyat ini dirahsiakan oleh Allah yang hanya menjadi hak keistimewaan-Nya sahaja sebagai Tuhan Maha Pencipta. ’Aqidah yang benar dan terjamin selamat ialah bahawa Allah telah meniupkan daripada roh-Nya dengan cara atau kaifiyat yang layak dengan keagungan Allah,dengan kemahasucian Allah dan dengan kesempurnaan Allah.Kita tidak selayaknya dan tidak seharusnya mempergunakan akal kita atau memaksa akal kita untuk mengkaji dan mencari jawapannya,kerana Allah ya ng maha pencipta mnusia sendiri tidak pun membayangkan keharusan akal untuk mengharunginya. Ini tidak bererti Islam merendahkan daya kemampuan akal manusia,tetapi sebaliknya dengan tindakan ini Islam telah menghormati akal manusia dengan meletakkan akal pada batas daerah kemampuan serta menegaskan batas daerah yang di luar kemampuannya.Persoalan bagaimana Allah telah meniupkan daripada roh-Nya adalah persoalan yang di luar daripada kemampuan akal manusia.

Daripada nas-nas yang dibentangkan oleh Allah tadi terbukti dengan jelas bahawa manusia dicipta daripada dua unsur.Jasmani yang berpunca daripada tanah dan kedua dari unsur rohani yang berpunca daripada urusan ketuhanan,atau dari alam ketinggian dan kekudusan ,dari sisi Allah . Cantuman daripada dua unsur yang berbeza dan berlainan tabiat,sumber dan arah matlamat terciptalah insan atau manusia dengan kekuasaan dan iradah Allah.

Firman Allah yang bermaksud:

4. Sesungguhnya kami Telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya .

(surah At-Tin 95:4)

Sebagaimana Allah Maha Pencipta telah menjelaskan tentang asal kejadian atau unsur kejadian manusia,demikian juga telah menjelaskan tentang hakikat siapakah dia sebenarnya manusia itu.

Terjemahan:Allah mencipta Adam atas gambarnya,iaitu gambar Adam.

Maksudnya bahawa Adam sejak diciptanya oleh Allah adalah mengikut bentuk kejadian seperti awal mulanya ia dicipta; bukanlah berkembang daripada suatu bentuk yang lebih sempurna.

Berdasarkan kepada hakikat ini maka wajiblah diketahui bahawa manusia tetap dalam bentuknya seperti bentuk asal mula diciptakannya,tidak berubah sepanjang perkembangan sejarahnya,walau dalam apapun perkembangan atau evolusi jenisnya,seperti yang pernah diperkatakan.

Kedudukan teori Evolusinime atau Darwinisme

Kepercayaan ini seperti yang diputuskan oleh Al-Quran dan Hadith adalah bertentangan dalam satu teori Evolusinisme yang berasaskan kepada hepotisis sejarah,yang menegaskan bahawa manusia berkembang melalui rantai perkembangan jenis kejadian.

Sikap seorang muslim terhadap pendapat ini ialah bahawa pendapat yang dikemukakan oleh Al-Quran adalah merupakan hakikat ilmiah atau teori ilahi yang hak dan yakin kerana Al-Quran bukan kata-kata yang diada-adakan oleh Muhammad.Al-Quran ialah Kalamullah.Tuhan mencipta alam semesta dan mencipta manusia,maka Dialah sahaja yang Maha mengetahui tentang hakikat kejadian manusia yang diciptanya.Al-Quran juga adalah perkhabaran yang yakin yang mutawatir (iaitu yang sampai kepada kita secara sambung-bersambung tanpa ada jarak yang memutuskan )secara sah dan yakin seperti yang terbukti secara ilmiah dalam aqidah islam.

Pendapat Darwinisme pula merupakan satu hipotesis ataupun sejauh yang dapat dikatakan merupakan satu teori yang masih belum mendapat sokongan dan dokongan bukti-bukti ilmiah.teori yang berasal daripada satu sahaja,kemudian dari asal yang satu itu telah berkembang kepada pelbagai jenis mengikut keadaan alam sekitar dan suasana sekeliling termasuklah manusia.

Kesimpulannya,bahawa bukti yang dikemukakan oleh Darwin untuk menegakkan teorinya adalah dalil-dalil yang berbentuk induktif bukannya dalil pemerhatian dan percubaan seperti yang disangkakan oleh sesetengah golongan. Ertinya Darwin tidak melihat dan menyaksikan proses perkembangan jenis-jenis kejadian ketika dilahirkan dan ketika melahirkan jenis kejadian di alam binatang.

Dalam hal ini Al-Quran menegaskan sebagai satu hakikat yang meruntuhkan teori Darwin:

Terjemahannya:“Aku tidak memanggil mereka menyaksi atau membantuku menjadikan langit dan bumi,dan tidak juga meminta bantuan sesetengah untuk menjadikan sesetengah yang lain;dan tidak sepatutnya aku mengambil makhluk-makhluk menyesatkan itu sebagai penyokong”.

MOTIVASI MANUSIA

KECEMERLANGAN”

KENAPA MESTI CEMERLANG

Kejayaan dan kecemerlangan bukan hanya dilihat pada satu aspek sahaja, malah perlu dilihat dalam skop yang lebih luas. Antaranya pelajaran, kerjaya, persatuan, sukan, perniagaan dan sebagainya. Di samping itu, ia juga menghentikan tabiat dan perkara yang tidak disenangi seperti merokok, mengurangkan berat badan bagi mereka yang mempunyai berat badan yang berlebihan dan boleh membawa kepada pelbagai penyakit juga adalah satu kejayaan.

Sebelum melangkah lebih jauh, tanyakan diri kita kenapa mesti cemerlang? Dan mungkin kenyataan-kenyataan ini yang menyusul sebagai jawapan:

  1. Kerana hendak maju dan meningkat taraf hidup.
  2. Hendak menjana sumber kewangan.
  3. Hendak senang dalam hidup.
  4. Dipaksa berjaya contohnya desakan ibu bapa supaya kita cemerlang dalam peperiksaan.
  5. Kerana sebab-sebab lain.

Walau apapun jawapannya, kita perlu berjaya. Sekiranya kita seorang peniaga, sudah tentu kita mahu berjaya dalam perniagaan. Pelbagai cara dan langkah dilakukan bagi meningkatkan keuntungan dan produktiviti. Tetapi kecemerlangan yang terhasil daripada penipuan dan tidak berlandaskan syarak tidak boleh diertikan sebagai kejaan yang sebenarnya. Sebagai seorang peniaga Muslim contohnya, barangan perniagaan hendaklah barang yang halal dijual, tiada sebarang unsur penipuan kepada pelanggan, tiada istilah sorok barang dan tidak menaikkan harga berlebih-lebihan sehingga boleh menindas pengguna. Kemudian mesti mengeluarkan zakat perniagaan dan yang penting perniagaan itu tidak melalaikan diri daripada tuntutan-tuntutan agama seperti sembahyang.

Cemerlang dalam konteks perniagaan, peniaga-peniaga yang jujur mendapat perhatian Tuhan sebagaimana dalam hadis yang dilaporkan oleh Imam Tirmizi,: ( peniaga-peniaga akan dibangunkan pada hari Kiamat sebagai seorang yang fakir dan fasik, melainkan peniaga yang bertakwa, berbuat baik dan jujur).

Satu gambaran yang sudah sinonim dalam ajaran Islam mengenai urusan tugas dan pekerjaan adalah pencapaian tahap prestasi kerja yang cemerlang. Islam menetapkan sejak awal lagi apa jua urusan dan tugasan yang dilakukan wajarlah secemerlang mungkin. Bagi mencapai hasrat ini, Islam mempunyai kod etika dan indeks prestasinya yang tersendiri yang didahului oleh keimanan, ketakwaan dan berusaha bagi memenuhi reda Ilahi. Tugas yang dipikul pula adalah satu amanah yang perlu dilaksanakan dengan penuh kejujuran dan keikhlasan. Inilah konsep yang palibg asas yang perlu difahami oleh setiap individu yang beriman dengan Islam.

Perlu dinyatakan di sini, negara-negara Islam yang menganggotai OIC mewakili jumlah penduduk dunia yang besar sekitar 1.3 bilion dan mempunyai keluasan bumi yang besar. Ia juga merangkumi 32.3 juta kilometer persegi dunia yang diduduki serta mempunyai sumber tenaga manusia danhasil bumi dan laut yang besar, tetai menghasilkan pendapatan negara berjumlah AS$1.3 trilion sahaja berbanding negara-negara bukan OIC yang mencecah kepada AS$30 trilion dalam tahun 2002.

( Dipetik daripada Utusan Malaysia: 16 April 2004)

Berdasarkan kenyataan di cébela, kerana itulah kita mahu cemerlang. Kita tidak mahu umat Islam mempunyai bilangan yang ramai tetapi daripada segi kualitinya tidak seberapa. Lebih baik menjadi golongan yang kecil tetapi mempunyai kualiti dan prestasi yang mantap. Tuhan menjelaskan di dalam Quran surah alBaqarah ayat 249 yang bermaksud, " Berapa ramai golongan yang kecil dapat menewaskan golongan yang ramai dengan izin Tuhan, sesungguhnya Tuhan bersama-sama orang yang sabar." Kenyatan kualiti lebih penting daripada kuantiti.

Bagi mencapai kecemerlangan dan kejayaan, kita perlu mengubah mindset untuk berjaya. Orang yang cenderung mencapai kecemerlangan dalam bidang yang mereka ceburi, tidak ada pemikiran yang bersungguh-sungguh mahu berjaya, tidak ada motivasi mahu belajar secara berterusan adalah mereka yang melihat negatif ke arah kejayaan.

Apabila diteliti, mengapa sesuatu bangsa boleh berjaya dan mencipta peradaban yang gemilang? Jawapannya mudah, kerana mereka ada pemikiran untuk berjaya, mereka mahu memperbaiki diri dan memperkasakan apa yang mereka miliki sama ada dalam aspek ilmu, teknologi dan sebagainya. Hal ini bertetapan dengan penjelasan Tuhan di dalam al-Quran surah al-Ra’d ayat 11 yang bermaksud, "Tuhan tidak mengubah nasib sesuatu kaum sehingga kaum itu sendiri mengubah nasib mereka."

Ayat ini secara jelas menunjukkan kaum yang tidak ramai tidak diubah nasibnya sekiranya mereka tidak mahu berubah. Apatah lagi sekiranya kita seorang sahaja yang tidak mahu berubah, sudah tentu nasib kita kekal di tahap lama sahaja.

Tegasnya di sini, individu memperoleh sesuatu mengikut apa yang diusahakan. Sekiranya individu itu bermotivasi melakukan sesuatu bagi kepuasan dirinya sendiri, ia pasti memperolehnya. Sekiranya dia melakukan sesuatu bagi mendapat pengiktirafan orang lain juga, sudah pasti dia mendapat pengiktirafan itu dan sekiranya dia tidak bermotivasi dalam melakukan sesuatu, pasti dia tudak memperoleh apa-apa. Semuanya bergantung pada diri sendiri.

Kenyataan ini selaras dengan pandangan Saedah et al. (1996) yang membahagikan motivasi kepada tiga kategori iaitu seorang individu mungkin tergolong dalam golongan bermotivasi intrinsik, bermotivasi ekstrinsik ataupun tidak bermotivasi.

CIRI-CIRI INDIVIDU BERJAYA DI DALAM SURAH AL-MUKMINUN

Quran memberi garis panduan ciri-ciri yang berjaya antaranya melalui ayat 1 hingga 11 surah al-Mukminun. Ayat pertama dimulakan dengan," Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman." Enam ciri-ciri itu adalah:

  1. Khusyuk dalam sembahyang.
  2. Menjauhkan diri daripada perbuatan dan perkataan sia-sia.
  3. Berusaha membersihkan hartanya dengan menunaiakn zakat.
  4. Menjaga kehormatan.
  5. Menjaga amanah dan janjinya.
  6. Menjaga sembahyang.

Manakala dalam ayat 10 dan 11, Tuhan menyatakan yang bermaksud," Mereka itulah yang berhak mewarisi syurga Firdaus, mereka pasti kekal di dalamnya." Huraian mengenai enam ciri-ciri itu adalah:

  1. Sembahyang yang sempurna ituadalah sembahyang yang dilaksanakan dengan khusyuk, dengan sepenuh hormat dan ingatan meliputi anggota-anggota badan dan hati.
  2. Menjauhkan diri daripada perbuatan sia-sia seperti lepak, mengabaikan pengurusan waktu dan bertangguh kerja.
  3. Mengeluarkan zakat adalah manifestasi syukur dan berkongsi rezeki serta mereka yang lebih memerlukan.
  4. Menjaga kehormatan. Iaitu menjauhi zina dan sebagainya kerana kemaluan adalah amanah.
  5. Orang-orang beriman yang berjaya adalah mereka yang memelihara amanah, tidak mengkhianati, bahkan mereka menjaganya dan menyerahkannya kepada tuannya. Apabila mereka berjanji, mereka tidak khianati bahkan mereka menepatinya kerana sifat khianat dan mencabuli janji adalah sifat-sifat munafik.
  6. Menjaga sembahyang iaitu memelihara waktu sembahyang dan melaksanakannya pada awal waktu.

Inilah spesifikasi-spesifikasi orang beriman yang berjaya. Apabila mereka melaksanakan perkara di atas dengan ikhlas, pasti ada ganjaran dan kejayaan iaitu mewarisi syurga Firdaus yang merupakan syurga yang paling tinggi kedudukannya dalam senarai syurga-syurga.

Sekiranya kita teliti, mewarisi syurga Firdaus adalah jawapan mengapa orang-orang beriman perlu berjaya dan memiliki spesifikasi-spesifikasi yang di sebutkan di atas.

CIRI-CIRI INDIVIDU BERJAYA DI DALAM SURAH AL-BAQARAH

Kerap kali ayat-ayat di dalam Quran dihubungkaitkan dengan dua frasa iaitu, " wahai orang yang beriman" dan "beramal salih." Mengapa iman dan amal salih ini saling berkait? Iman adalah matlamat kecintaan kepada Tuhan dan amal salih adalah pembuktian iman yang dimiliki oleh seorang individu. Orang yang menyatakan dia beriman tetapi tidak mengerjakan amal salih sebenarnya masih belum melengkapi pakej keimanan kepada Tuhan.

Dalam ayat 1 hingga 5 surah al-Baqarah yang bermaksud,"Alif Laam Miim. Inilah kitab (Quran) yang tidak ada keraguan padanya, menjadi petunjuk bagi orang-orang yang bertakwa." Orang yang bertakwa adalah mereka yang menjauhi perbuatan maksiat dan menunaikan klewajipan. Dengan cara itu dapat menjauhkan diri mereka daripada balasan buruk. Dalam ayat seterusnya dinyatakan pula ciri-ciri orang bertakwa iaitu::

  1. Beriman dengan perkara-perkara ghaib: membenarkan syurga, neraka, hari perhitungan, kiamat dan sebagainya yang dikhabarkan oleh Tuhan.
  2. Mendirikan sembahyang: menunaikannya sebagaimana yang sudah difardukan.
  3. Sedekahkan harta: sama ada dalam bentuk ilmu, wang dan sebagainya.
  4. Beriman dengan kitab quran dan kitab sebelum Quran.
  5. Beriman dengan hari akhirat.

Kemudian,dalam ayat5, Tuhan menjelaskan yang bermaksud,"Mereka itulah yang orang-orang yang mendapat petunjuk daripada Tuhan mereka, mereka itulah orang-orang yang berjaya." Nyata sekali, mereka yang memenuhi spesifikasi-spesifikasi takwa dilabelkan sebagai orang yang berjaya.

TIP CEMERLANG OLEH IMAM AL-GHAZALI

Imam al-Ghazali (1992) mendefinasikan cemerlang dan berjaya dalam aspek yang pelbagai antaranya:

  1. Lisan: Hendaklah menghindari diri daripada bercakap dusta, ghibah atau benda yang bukan-bukan, menyebarkan fitnah, berbual kosong dan banyak bercakap.
  2. Hati: Dengan membuang rasa permusuhan, dengki dan sebagainya menjadikan individu lebih ceria dan sihat menjalani kehidupan.
  3. Pandangan: Orang yang cemerlang tidak berminat dengan perkara-perkara haram. Malah apabila dia memandang sesuatu, pasti mengambil iktibar daripadanya.
  4. Perut: Tidak mengisi dengan makanan daripada sumber yang haram serta makan memadai dengan keperluannya.
  5. Kedua tangan: Tidak menngunakannya bagi perkara-perkara yang haram seperti mencuri, mengambil hak orang lain dan sebagainya.
  6. Langkah kaki: Tidak berjalan melakukan maksiat bahkan digunakan menuju ke majlis-majlis ilmu dan bertemu dengan orang-orang salih.
  7. Taat: Mencari keredaan Tuhan dan takut pada riak dan munafik.