Islam itu ada lahir,ada batin.Ada jasad ,ada roh.ada rangka,ada rangka ada nyawa.islam itu ada kulit dan ada isi.Batin islam atau roh islam atau nyawa islam atau intipati islam itulah yang dikatakan rohul amal.iaitu roh dalam kita bekerja .roh dalam kita bertindak atau roh dalam kita melaksanakan sesuatu,samada dalam bidang ibadah,ekonomi,pembangunan,pertanian,kesihatan dan lain-lain.
Roh amal inilah yang hendak kita jaga sungguh-sungguh kerana ia merupakan nyawa bagi amalan kita disamping kita tidak pula menafikan amalan atau syariat lahir.Roh amal inilah tempat jatuh pandangan Allah kerana ia merupakan intipati amal.itulah perkara yang dinilai.Allah tidak pandang amalan yang lahir kita kalau rohnya tidak ada.justeru,kita beribadat mesti ada roh.amalan yang tidak ada roh samalah seperti manusia yang tidak ada nyawa.Ertinya sudah dianggap bangkai,ratu cantik sekalipun,kalau sudah tidak bernyawa,dia tidak dikagumi atau diminati lagi.
SAJAK
SIFAT TAQWA
Engkau bersembahyang
Tidak semestinya engkau sembahyang
Kalau bukan bersembahyang
Ertinya bukanlah ibadah namanya
Lahir adalah rangka,khusyuk adalah roh atau jiwanya
Tidak khusyuk, ibadah bangkai namanya
Kalau ibadah bangkai apakah Tuhan terima?
Engkau bekerja apakah hendak menambah taqwa?
Atau engkau bekerja hanya semata-mata menambah gaji
Kalau semata-mata jadi gaji akhirnya jadi najis
Atau jadi barang yang buruk
Sifat taqwa itu adalah di atas kerja dan usaha
Untung dunia ia terjadi dengan sendiri
Selama-lama kerja dan usaha memang ada hasilnya
Kalau ia dibagi roh atau jiwa alangkah baiknya ia
Menghasilkan sifat taqwa
Itulah bekalan ke akhirat sana
Untung di dunia memang terjadi dengan sendiri
Selama-lama kerja dan usaha memang ada hasilnya
Kalau ia dibagi roh atau jiwa alangkah
Itulah bekalan ke Akhirat sana
Untung di dunia memang terjadi dengan sendiri
Di atas kerja dan usaha
Rohnya itu adalah kerana keredhaan Allah
Jiwanya itu adalah kerana niat berkhidmat kepada manusia
Kerana memudahkan manusia, membantu manusia di dalam kehidupannya
Menolong memudahkan kehidupan mereka
Dengan adanya usaha-usaha dan kerja-kerja kita itu
Kalau niatnya betul dapat pahala
Itulah taqwa namanya
Apakah kita berusaha dan bekerja ada niat kerana Allah
Dan untuk berkhidmat kepada hamba-hambaNya
Apakah kita berusaha dan bekerja
Semata-mata kerana hendak hidup semata-mata?
Di sana ada gaji atau upah atau ada hasil
Yang kita perolehi?
Hasil dari usaha tidak payah diniatkan, ia biasanya terjadi
Tapi apakah di dalam usaha itu
Ada niat yang murni seperti yang diceritakan tadi?
Niat yang murni itulah yang dikatakan sifat taqwa
Alangkah untungnya kalau kita bekerja
Dan berusaha mendapat dua pahala
Pahala dunia itulah hasil usaha
Yang kita rasa di dunia lagi
Pahala Akhirat kerana pada usaha
Dan kerja itu ada niat kerana Allah
Dan berkhidmat kepada manusia
Niat yang betul itulah roh amal, roh usaha,roh kerja,roh ibadah
Itulah dia sifat taqwa untuk bekalan ke Akhirat
0 comments:
Post a Comment