v Manusia sebagai khalifah
Manusia adalah sejenis makhluk Allah yang paling istimewa jika dibandingkan dengan makhluk-makhluk lain.Diberikan kepadanya sifat-sifat khusus untuk membolehkannya menanggung amanah Allah yang tidak tertanggung oleh makhluk-makhluk lain. Walaupun makhluk itu lebih besar dan gagah daripada manusia itu sendiri. Langit,matahari,bintang-bintang,bumi,bukit-bukau dan sebagainya adalah makhluk –makhluk Allah yang hebat bentuknya,tetapi kecil pada kesanggupan dan kebolehan untuk menjadi makhluk Allah yang terbaik bagi menanggung amanah-Nya.
Ketika Allah s.w.t. membentangkan kepada makhluk-makhluk-Nya yang besar dan raksasa,untuk menanggung suatu amanah ,maka semua makhluk itu telah menolak tawaran tersebut.Tiba-tiba makhluk yang bernama insan atau manusia,sanggup menerima dan menanggung amanah itu.Peristiwa pembentangan amanah tersebut telah dirakamkan dalam wahyu Ilahi yang diturunkan kepada Muhammad s.a.w dengan
firman-Nya yang bermaksud:
72. “ Sesungguhnya kami Telah mengemukakan amanat[1233] kepada langit, bumi dan gunung-gunung, Maka semuanya enggan untuk memikul amanat itu dan mereka khawatir akan mengkhianatinya, dan dipikullah amanat itu oleh manusia. Sesungguhnya manusia itu amat zalim dan amat bodoh”
[1233] yang dimaksud dengan amanat di sini ialah tugas-tugas keagamaan.
Manusia sebagai khalifah berkewajipan untuk menanggung amanah yang telah diberikan oleh Allah s.w.t. Sifat khalifah yang digelarkan kepada makhluk yang bernama insan itu memang cocok dengan amanah yang diterima untuk dilaksanakan.
Menurut Jumhur Ulama’ :amanah itu ialah ”kewajipan menegakkan agama Allah ”islam” dan kewajipan melaksanakan agama Allah ”islam” yang diberikan kepada manusia.
Khalifah adalah satu keistimewaan besar yang hanya diberikan kepada manusia, dan tidak diberikan kepada malaikat, jauh lagi untuk diberikan kepada jin.Dari sini dapat diyakini bahawa bukan setiap hamba itu layak dan berhak menjadi khalifatullah.Seterusnya juga bukan setiap manusia yang pada hakikatnya hamba itu dengan sendirinya adalah khalifah. Walaupun dari segi hakikatnya manusia itu hamba dan khalifah Allah.namun dari segi konsep dan perlaksanaannya adalah tidak.Oleh kerana itu maka manusia yang layak dan berhak menjadi khalifah itu ialah manusia yang telah melaksanakan konsep kehambaan diri kepada Allah,dan telah melaksanakan konsep penyerahan diri kepada Allah dalam keempat-empat ciri iaitu : Aqidah,Akhlak,Ibadat dan Syari’at.
v Manusia sebagai hamba Allah (pengabdiannya)
Siapakah manusia itu pada hakikatnya? Manusia adalah hamba,hamba kepada Allah Maha Penciptanya. Kerana setiap yang dicipta itu pada hakikatnya adalah hamba kepada yang menciptanya.Maka ia tidak mempunyai atau memiliki dirinya,tenaganya dan hartanya.Kesemuanya itu adalah menjadi hak milik kepada tuannya.Jika demikian halnya jadi diri si hamba kepada manusia maka akan lebih dari itu hal diri si hamba kepada Maha Penciptanya.Hidup dan matinya,sembahyang dan nusuknya,nyawa dan hartanya,anak dan isterinya adalah hak kepunyaan Allah,yang sewajibnya diperlakukan untuk Allah dan kerana Allah.Jadi manusia mesti mengabdikan diri kepada Allah yang Esa.
Hakikat bahawa manusia sebagai hamba Allah bukanlah satu penghinaan atau satu kehinaan kepada manusia.Sebaliknya gelaran hamba Allah adalah satu gelaran yang paling tinggi kepada manusia seperti yang ditegaskan oleh Allah dalam Al-Quran, kerana itulah gelaran yang diberikan kepada setiap Nabi dan Rasul. Kehambaan diri manusia kepada Allah maha pencipta hakikatnya adalah kemuliaan, keagungan dan kekuatan.
Kehinaan yang paling hina ialah kehambaan manusia kepada sesama manusia atau makhluk. Inilah yang ditentang dan cuba dibasmi oleh islam melalui asas dan konsep tauhid.Salah satu daripada keistimewaan atau kemuliaan manusia sebagai hamba Allah ialah manusia yang sebenarnya hamba kepada Allah itu telah dianugerahkan satu tugas amanah yang tidak dipunyai oleh seluruh makhluk lainnya; iaitu khalifatullah di muka bumi.
Menepati dengan hakikat ini,maka sudah pastilah manusia tunduk,patuh,taat setia mengikut dan menurut kehendak Allah maha penciptanya.Jelas manusia pastilah sujud dan pastilah menyerah diri kepada allah.
Firman Allah yang bermaksud:
125. “Dan siapakah yang lebih baik agamanya dari pada orang yang ikhlas menyerahkan dirinya kepada Allah”
(surah Al-Nisa’ 4:125)
0 comments:
Post a Comment