BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, September 3, 2009

MATLAMAT HIDUP MANUSIA

Pada hakikatnya,Allah menjadikan dunia ini sebagai tempat ujian,kesedihan dan sebagai sumber kesusahan,tujuannya ialah supaya manusia merasa jemu untuk tinggal diatasnya dan akhirnya mencintai kematian.

EMPAT GOLONGAN MANUSIA.

1.manusia sebagai hamba kebendaan:Yang hina bereti hidup mulia di dunia dan hina diakhirat.

Orang yang diperhambakan oleh kebendaan ini,dalam hidupnya hanya bercita-cita untuk mendapatkan harta yang melimpah ruah,bergelumang dalam kemewahan,sampai akhir hayatnya tiada lain kecuali mengumpulkan harta kekayaan untuk kepentingan peribadi,tanpa adanya kesediaan terhadap kewajipannya kepada Allah dan beramal untuk kepentingan masyarakat,dan inilah yang disebut insane hamba kebendaan.

Orang yang seperti ini,jiwadan fikirannya penuh dengan khayala yang membumbung tinggi,kadangkala diganggu oleh kebimbangan kalau-kalau keuntungan yang didapatinya dari hari-kehari akan berkurungan.mereka yang diperhambakan oleh kebendaan ini,lupa akan tujuan hidup yang sebenarnya.kerana seluruh jiwa dan fikirannya hanya dicurahkan kepada dunia.sesungguhnya mereka itu hidup dalam kegelapan,kerana sinar Ilahi sudah padam dan tidak lagi dalam jiwanya.mereka mencari terus mencari,kerana dalam hati mereka tidak ada rasa puas walaupun harta bertumpuk dan kekayaan melimpah ruah,masih sahaja mereka merasa kurang,kerana nafsu tamak dan serakahtelah bersarang dalam jiwa dan fikirannya. Firman Allah swt yang bermaksud:

185. Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. dan Sesungguhnya pada hari kiamat sajalah disempurnakan pahalamu. barangsiapa dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam syurga, Maka sungguh ia Telah beruntung. kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdayakan.

2.manusia hamba kerohanian: yang bererti hidup hina di dunia tetapi mulia diakhirat.

Orang yang seperti ini adalah kerana iman dan takwanya telah sangat mendalam sehingga ia hanya menyebukkan dirinya dalam melaksanakan ibadah sebanyak mungkin guna memperolehi redha dan anugerah serta ampunan Allah swt.

Dia lebih banyak menghabiskan masanya dalam masjid atau surau untuk mengerjakan solat-solat wajib dan sunat.kemudian dia berzikir (mengingat kebesaran Allah)sebanyak-banyaknya dan sering sekali pada malam hari dia beriktikaf di masjid hingga larut malam.

Selain itu,hari-harinya hanya dihabiskan untuk mengkaji masalah agama serta mengjarnya.Hidupnya sehari-hari hanya bergantung kepada belas kasihan orang lain,serta hidup serba kekurangan,meskipun demikian,deia tetap sabar dan berserah diri kepada Allah swt.

3.manusia yang berada pada 2 jalan : iaitu manusia yang mulia didunia dan mulia diakhirat.

secara tegas,agama islam telah menggariskan kepada kita supaya hidup dalam keadaan seimbang antara keperluan jasmani dan keperluan rohani dan meyerukan kepada setiap muslim kepada supaya berusha untuk kehidupannya,seakan-akan dia akan hidup selama-lamanya,dan beramal untuk akhirat seakan-akan dia akan mati esoknya.

Hanya islamlah satu-satunya agama yang tidak memisahkan antara kepentingan rohani dan kepentingan jasmani,kerana islam memandang hubungan antara jasmani dan rohani itu saling mempengaruhi.dalam hubungan ini Al-Quran membayangkan akan kehidupan hamba-hamba Allah yang baik itu seperti berikut:

Mafhumnya:

201. Dan di antara mereka ada orang yang bendoa: "Ya Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan peliharalah kami dari siksa neraka"[127].

[127] inilah doa yang sebaik-baiknya bagi seorang muslim.

202. Mereka Itulah orang-orang yang mendapat bahagian daripada yang mereka usahakan; dan Allah sangat cepat perhitungan-Nya.

bagi seorang muslim yang betu-betul memahami akan ajaran islam,dia akan berpegang teguh kepada ajaran yang telah dianjurkan oleh islam tersebut.

4.orang yang celaka di dunia dan celaka pula di akhirat.

Seungguhnya sangat kasihan bila kita melihat orang-orang yang fakir miskin,orang-orang buta,pengemis dan kaum buruh yang menerima upah di bawah ukuran hidupnya.pada umumnya mereka hidup dalam penderitaan dan serba kekurangan segala-galanya.

lebih kasihan lagi,jika dalam kemiskinanitu mereka lupa pada Allah SWT,serta meninggalkan segala yang diperintahkan oleh Allah swt dan mengerjakan larangan-larangannya.untuk mereka ini sebenarnya kehidupan ini tidak bererti sama sekali bahkan mereka-merekalah yang termasuk golongan yang celaka didunia dan diakhirat.berlindung kita daripada yang demikian.

0 comments: