AKIDAH YANG ISTIMEWA
Akidah yang benar terhadap Allah,alam dan kehidupan hanya akan ditemui di dalam islam.Dengan akidah ini,seorang muslim akan dapat mengarahkan kekuatannya,membatasi langkkah-langkah perjalanannya serta mencapai tujuan hidupnya.
Islam sangat mementingkan kekuatan akidah bagi para pemeluknya,serta tidak membenarkan akidah yang lemah.Sebab dengan kekuatan akidah itu,seorang muslim akan mempunyai corak hidup yang berbeza dengan orang –orang lain yang berpandangan sempit,dengan akidah itu pula,seorang muslim memandang alam sebagai kesatuan yang tak terpisahkan,beriman kepada apa yang tiidak dapat dilihat (ghaib) yang dijelaskan oleh zat Yang Maha Pencipta,sebagaimana ia meyakini apa yang ada di alam nyata.a
Akidah inilah yang membezakan jalan hidup seorang Muslim dengan yang lain,dan akidah ini pulalah yang menjadi dasar bagi setiap tingkah laku Muslim serta merupakan tempat rujukan dalam kehidapannya.
Jika islam diumpamakan seperti sepohon pokok,maka akidah boleh diumpamakan seperti akarnya.kekuatan dan kesuburan pokok akan ketara jika akarnya sihat dan kuat.Sebaliknya jika akarnya berpenyakit dan semakin lemah maka pokok akan semakin layu dan mudah terkena penyakit.Begitu juga seseorang islam yang lemah akidahnya akan lemah agamanya dan mudah terpengaruh dengan ajaran –ajaran yang bercanggah dengan islam.Oleh kerana itulah Rasulullah terlalu mengambil berat soal akidah.
Sepanjang berada di Mekah sebelum berhijrah ke madinah Rasulullah menyemai dan memupuk akidah islam kedalam jiwa kaun muslimin.Ayat-ayat al-Quran yang diturunkan di mekah (ayat-ayat makiyyah)kebanyakannya mengandungi ajaran tentang akidah.Hal ini menyebabkan umat islam mengambil berat tentangpengajian akidah.Pengajaran akidah tidak pernah diabikan di mana sahaja terdapat pengajian agama dan dalam semua peringkatnya.Ilmu-ilmu akidah diajar di rumah,pondok,madrasah,masjid,sekolah,dan pusat-pusat pengajian yang llain.Ia juga dituntut disekolah rendah,menengah, dan pusat-pusat pengajian tinggi.
Pengertian Akidah
Menurut istilah umum akidah membawa maksud satu keputusan yang keluar dari hati sanubari seseorang dengan sungguh-sungguh sewaktu menentukan sesuatu perkara,samada keputusan yang diambil itu benar atau salah.Sekiranya keputusan yang diambil itu benar atau tepat maka ia adalah akidah yang benar seperti meyakini Allah yang Esa.sebaliknya jika ia salah,batil atau palsu maka salahlah akidah tersebut seperti mempercayai Tuhan itu lebih daripada satu bagaimana yang diyakini oleh sebagaimana yang diyakini oleh sebahagian manusia.
Kandungan Akidah
Akidah juga sama dengan iman.Pengertian akidah mengandungi enam perkara berikut:
· Mengenali Allah beserta nama-namaNya yang indah dan sifat-sifatNya yang agung serta mengetahui bukti-bukti kewujudan dan tanda-tanda keagunganNya di alam ini.
· Mengenali alam luar tabi’e atau alam yang tidak dapat dilihat.Ia meliputi kuasa baik seperti malaikat dan kuasa jahat seperti iblis dan tentera-tenteranya daripada kalangan syaitan.Bahagian ini juga merangkumi pengetahuan tentang makhluk yang ada di alam luar tabi’e ini seperti jin dan ruh.
· Mengenali kitab –kitab Allah yang diturunkan untuk mengupas ciri-ciri hak dan batil,baik dan jahat,halal dan haram,elok dan buruk.
· Mengenali para Nabi Allah dan Rasul-rasulNya yang dipilih untuk menjadi petunjuk jalan dan pembimbing ke arah kebenaran.
· Mengenali hari akhirat dan apa yang wujud padanya seperti kebangkitan,pembalasan,pahala dan dosa serta syurga dan neraka.
· Mengenali qadar yang menjadi dasar kepada peraturan alam ini dalam penciptaan dan pentadbirannya.
0 comments:
Post a Comment