BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, September 3, 2009

EMOSI MANUSIA

PENGENALAN

Emosi manusia adalah berkait rapat dengan kehendak, kemahuan dan keinginan seseorang. Contoh emosi manusia ialah marah, sedih, bahagia dan sebagainya.

“KEBAHAGIAN”

Kebahagian ialah suatu keadaan perasaan aman damai serta gembira. Dengan kata lain, kebahagian melebihi hanya perasaan kegembiraan. Umumnya, kegembiraan amat berkait rapat dengan sesuatu kejadian atau pencapaian yang khusus, sedangkan kebahagiaan berkait dengan keadaan yang lebih umum seperti kesenangan hidup atau kehidupan berumah tangga. Bagaimanapun, kedua-dua perasaan ini adalah amat berkait dan juga amat subjektif.

Namun demikian, jangan lupa bahawa emosi dan perasaan bahagia manusia adalah bersifat fana dan sementara. Kebahagiaan tidak pernah dan tidak akan kekal abadi dalam kenyataan hidup, adalah mustahil sama sekali bagi sesiapa untuk memperoleh dan menikmati apa yang dia ingini. Apatah lagi manusia sendiri tidak faham dan tidak tahu hati nuraninya, keinginan terhadap sesuatu. Maka sukarlah seseorang itu untuk merasai kebahagiaan di dalam dirinya.

JIWA YANG MENEMUKAN KEBAHAGIAAN

Jika kita berbicara tentang kebahagiaan yang abadi, bererti kita tidak dapat melepaskan diri dari kehidupan di dunia ini, sebab kehidupan dunia sebagai langkah awal, untuk mencapai kehidupan akhirat yang bersifat kekal.

Sesuai dengan keadaannya, bahawa dunia ini bersifat sementara, maka kebahagiaan yang dikandungnya juga hanya sementara. Berbeza dengan akhirat, kerana ianya bersifat kekal dan abadi, maka kebahagiaan yang dikandungnya juga kekal dan abadi.

Bukti dari kebahagiaan di dunia ini hanyalah sementara, adalah dengan melalui pengalaman kita sehari-hari. Banyak keperluan yang kita inginkan, menurut sangkaan kita pada mulanya, apabila kita mendapatkannya kita akan bahagia. Akan tetapi setelah yang impian kita miliki, ternyata kebahagiaannya cuma sementara, setelah itu kita akan memburu yang lain lagi.

Dalam konsep Islam, walaupun kebahagiaan di dunia ini hanya bersifat sementara, namun manusia harus berusaha untuk memilikinya. Di sebalik itu ada lagi kebahagiaan di akhirat, dan ini adalah merupakan kebahagiaan yang hakiki.

Kebahagiaan di alam akhirat itu, sangatlah ditentukan oleh kehidupan seseorang di dunia ini. Seseorang yang dapat melaksanakan perintah-perintah agama dan meninggalkan larangan-laranganNya, serta sentiasa melakukan kebaikan dalam hidup dan kehidupan, bererti ia telah menanamkan modal untuk mencapai kebahagiaan di alam akhirat kelak.

Sebenarnya hakikat kebahagiaan itu bukanlah terletak pada harta yang banyak, rumah mewah, kedudukan yang tinggi dan sebagainya, akan tetapi kebahagiaan itu bersumber dari jiwa yang taqwa, yang akan dapat mengawal tingkah laku dan pekerjaan seseorang.

Dengan memiliki jiwa taqwa, seseorang akan dapat melakukan perbuatan-perbuatan baik dan bermanfaat dan meninggalkan segala perbuatan yang membawa noda dan dosa, keran perbuatan yang demikian itu akan menjadikan jiwa gelisah, tidak tenteram dan rasa selalu dibayangi dosa.

Dr. Yusuf al Qardhawy berpendapat, bahawa kebahagiaan itu dapat digambarkan sebatang pohon yang rendang. Tempat tumbuhnya ialah jiwa dan perasaan kemanusiaan( hati nurani ). Keimanan kepada Allah itulah sebagai air dan makanannya, menjadi udara dan chaya yang membantu untuk pertumbuhnnya.

Hanya keimananlah yang akan dapat memancarkan ke dalam hati nurani manusia akan sumber-sumber kebahagiaan yang dirindukan oleh setiap orang. Kebahagiaan baru akan menjadi kenyataan yang dapat dirasakan, apabila ketenangan, ketenteraman, kedamaian, keamanan batin, pengharapan, kepuasan, cita-cita dan kasih sayang telah berada di dalam jiwa.

Tanpa adanya keimanan, perkara-perkara di atas hanyalah tinggal menjadi sebutan dan harapan yang kosong belaka, maka jadilah seseorang itu seperti pungguk rindukan bulan.

Allah mengajarkan, bahawa kebahagiaan di dunia yang disebut dengan kehidupan yang baik, hanyalah diperolehi dengan ketaqwaan dan perbuatan baik, sebagaimana firman Allah yang bermaksud:

97. Barangsiapa yang mengerjakan amal saleh, baik laki-laki maupun perempuan dalam keadaan beriman, Maka Sesungguhnya akan kami berikan kepadanya kehidupan yang baik[839] dan Sesungguhnya akan kami beri balasan kepada mereka dengan pahala yang lebih baik dari apa yang Telah mereka kerjakan.

[839] Ditekankan dalam ayat Ini bahwa laki-laki dan perempuan dalam Islam mendapat pahala yang sama dan bahwa amal saleh harus disertai iman.

Taman syurga di hari akhirat juga dengan iman dan amal soleh, sebagaimana disebutkan dalam Al Quran yang bermaksud:

25. Dan sampaikanlah berita gembira kepada mereka yang beriman dan berbuat baik, bahwa bagi mereka disediakan surga-surga yang mengalir sungai-sungai di dalamnya. setiap mereka diberi rezki buah-buahan dalam surga-surga itu, mereka mengatakan : "Inilah yang pernah diberikan kepada kami dahulu." mereka diberi buah-buahan yang serupa dan untuk mereka di dalamnya ada isteri-isteri yang Suci dan mereka kekal di dalamnya[32].

[32] kenikmatan di syurga itu adalah kenikmatan yang serba lengkap, baik jasmani maupun rohani.

Tiada diragukan lagi, bahawa ketenangan jiwa menjadi sumber utama untuk mendapatkan hidup bahagia. Tetapi bagaimana jalan untuk mencapai ketenangan, kalau ianya bukan sesuatu yang dapat dihasilkan oleh kecerdasan dan pengetahuan bukan oleh kesihatan dan kekuatan, bukan oleh harta kekayaan, bukan dengan tuah dan kemasyhuran dan bukan pula oleh berbagai kesenangan kebendaan?

CARA UNTUK MENCAPAI KEBAHAGIAAN

Dengan tegas dapat dijawab, bahawa ketenangan jiwa itu hanya satu sumbernya dan tidak ada duanya, iaitu iman dengan Allah dan hari akhirat, dengan keimanan yang benar dan mendalam serta tidak dicampuri ragu-ragu dan kepalsuan.

Perjalanan hidup ini sesungguhnya telah banyak memberikan pelajaran kepada kita, bahawa kebanyakkan orang dilamun keluh kesah, kesempitan dan kegoncongan batin, merasa sepi dan tidak mempunyai apa-apa, hanyalah orang-orang yang tidak memperolehi nikmat iman dan keyakinan. Hidup mereka tidak ada rasa dan tiada perisa, hampa dan kosong, walaupun mereka lingkungan kelazatan dan kemewahan.

Ketenangan jiwa itu adalah hembusan dari langit, diturunkan ke dalam hati orang yang taqwa dari penduduk bumi, supaya mereka berhati teguh di kala orang banyak mengalami kegoncongan, mereka yakin ketika orang banyak penuh keraguan, mereka sabar ketika orang ramai telah berkeluh kesah dan mereka berdada lapang, ketika orang banyak telah pusing.

Prof. Dr Hamka berpendapat, bahawa kebahagiaan itu akan dapat di capai dengan jalan:

1. Iktikad yang benar.

2. Yakin.

3. Iman.

4. Agama.

Jadi syarat untuk mendapatkan kebahagiaan itu ialah seseorang wajib memiliki iktikad yang bersih terhadap adanya Allah SWT. Iktikad atau kepercayaan itu diyakini dan diimani, sehingga penjelmaan dari hal itu, menjadikan seseorang dapat melaksanakan perintah-perintah agama dan meninggalkan larangan-larangannya. Dengan demikian ia akan mencapai ketenteraman, kebahagiaan dalam hidup baik kehidupan di dunia dan kehidupan di akhirat.

0 comments: