PELBAGAI RAHMAT TUHAN
Di antara rahmat tuhan kepada hamba-Nya
Dia membuat dosa terseksa jiwanya
Terseksa jiwa kerana dosa itu bertaubatlah namanya
Insya-Allah Tuhan akan ampunkan dosa-dosanya
Diantara rahmat Tuhan lagi
Hamba-Nya itu selalu diuji dengan bala
Supaya dia hidup rasa bertuhan
Agar dia mengharapkan pertolongan Tuhannya
Mengaku bersalah,mengaku berdosa
Kerana itulah dia bala
Perasaan itulah yang Tuhan mahu
Kepada hamba-hambaNya
Diantara rahmat-Nya lagi
Adakala kehendaknya tidak tercapai
Dia pun redha,Tuhan ganti kehendaknya itu
Dengan nikmat syurga
Atau Tuhan ampunkan dosa-dosanya
Selamatlah dia dari api Neraka itukan rahmat dari Tuhan
Diantara rahmat Tuhan lagi kepada hamban-hamb-Nya
Tuhan anugerahkan rasa takut terhadap Zat-Nya
Di dalam hatinya atau jiwanya
Takut dengan Tuhan itu adalah pembakar dosa
Atau perasaannya takut itulah nanti mensyafaatnya
Di antara rahmat Tuhan lagi kepada hamba-hamba-Nya
Adalah miskin dan papa
Dia sabar dan redha
Kerana kemiskinan itu dia tidak pula meminta-minta
Jauh sekalilah mencuri dan menipu manusia
Maka di Akhirat kelak kurang hisabnya
Maka bersegeralah dia ke Syurga,
Ini salah satu rahmat Tuhannya
Termasuk juga rahmat Tuhan rasa hina,
Rasa lemah,rasa berdosa
Rasa-rasa ini adalah sifat hamba yang Tuhan sangat suka
Sifat ego dan sombong pun hilang dari dirinya
Sifat ini amat merbahaya pada seorang hamba
Sifat inilah sifat iblis laknatullah
Tuhan hendak bersihkan darinya sifat yang dimurkai
Bersih dari ego adalah rahmat Tuhan
Kepada hamba-hamba-Naya
Kerana sifat itu kalau wujud pada hamba-Nya
Ke Nerakalah padahnya
Boleh mengorbankan harta untuk Tuhan
Satu rahmat juga dari-Nya
Korban harta salah satu sifat taqwa
Sifat taqwa adalah bekalan hamba untuk Akhirat
Dapat sifat taqwa adalah rahmat dari Tuhan
Baru kita faham rahmat Tuhan itu
Adakalanya datang bersifat negative
Di situ ada kebaikan yang tersirat
Pada kesusahan ada rahmat tersembunyi
Adakalanya pada kebaikan Nampak lahirnya,
Disitulah ada kejahatan yang tersembunyi
0 comments:
Post a Comment