BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, September 3, 2009

PERSONALITI DAN IDENTITI MANUSIA

Personaliti selalu dikaitkan dengan akhlak atau keperibadiaan seseorang individu samada ianya baik atau sebaliknya.Ia terbentuk berdasarkan jiwa atau hati yang merupakan jasad manusia.

Sajak Hati Orang Mukmin

Orang mukmin itu hatinya sentiasa gelisah

Bukan gelisah kerana dunia

dan bagaimana nasib di dunia dimasa tuanya

Resah dan gelisah dengan Tuhan dan hari Akhiratnya

Berbagai-bagai perasaanlah yang dia rasa,

Hingga hatinya sibuk dengan Tuhannya

Susah dengan dosa sama ada yang sudah dilakukan

Mahupun kalu terbuat dimasa depannya

Apakah Tuhan sudah terima taubatnya ,

Hatinya berkata-kata sentiasa

Ibadahnya adakah Tuhan terima?!

Amal kebajikannya apakah ikhlas dia membuatnya,

Kerana tipuan syaitan dan hati amat halus

Ikhlas di pangkal,rosak di dalam perjalanannya,

Selamat di dalam perjalanan, rosak pula di hujungnya

Bagaimana nanti penutup hidupnya?

Atau penutup umurnya

Apakah husnul khatimah atau suul khatimah

Sedangkan menuju Akhirat gangguan terlalu banyaknya

Bukan sahaja gangguan luarnya

Tapi gangguan batinnya lagilah amat halus

Kesalahan batin banyak yang tidak sedar berlaku

Aduh hatinya gundah-gulana sahaja selalu

Selalu sahaja berombak,macam air laut

Sentiasa berkocak tidak henti-hentinya,

Walaupun badan lahir sesama manusia,

Makan sama,berjalan sama,berbual sama

,tapi lautan hatinya bergelombang tidak sama

Bergelombang kerana takut dengan Tuhannya,

Kalau tidak gelombang besar,gelombang kecil pasti ada

Kalaulah gelombang hati orang mukmin itu

Di perlihatkan kepada manusia bersamanya

Nescaya manusia tidak minat hendak bergaul bersamanya

Kerana orang yang bersamanya terganggu sama hatinya

Begitulah hati orang mukmin,walaupun bibirnya tersenyum

Tapi hatinya muram sahaja

Dalam amalan islam kita sekarang nampaknya macam semuanya ada. Seperti semuanya lengkap.Namun ada perkara yang sangat ketara yang wujud di zaman Rasulullah dan para salafussoleh tetapi tidak ada dalam islam kita hari ini.Iaitu persoalan Taqwa. Baik ilmunya,kefahamannya,lebih-lebih lagilah amalan penghayatan dan penjiwaannya.Kalaupun kita ada sebut taqwa sekali-sekala tetapi fahamannya jauh tersimpang dari maksud yang sebenar.hakikatnya kita tidak ada taqwa.

Walhal taqwalah sumber kekuatan umat Islam. Sebab taqwalah umat Islam dibantu,dibela dan dilindungi oleh Allah.Sebab taqwalah umat Islam diberi kejayaan dan kemenangan.Inilah modal yang tidak ada pada kita hari ini.Itu sebab kita lemah,berpecah belah dan tidak dibantu.Jadi,yakinlah ,ikhlaskan niat dan hubungkan hati kita dengan pencipta kita supaya kita dapat memupuk kekuatan jiwa dan rohani yang menjamin kejayaan kita di dunia dan di Akhirat.

Penyakit hati yang merosakkan personaliti dan identiti umat islam

Firman Allah yang bermaksud:

125. Dan adapun orang-orang yang di dalam hati mereka ada penyakit[666], Maka dengan surat itu bertambah kekotoran mereka, disamping kekotorannya (yang Telah ada) dan mereka mati dalam keadaan kufur.

[666] maksudnya penyakit bathiniyah seperti kekafiran, kemunafikan, keraguan-keraguan dan sebagainya.

(surah At-Taubat:125)

Apabila seseorang itu melakukan maksiat,maka satu titik hitam akan muncul pada hatinya,jika ia tidak bertaubat,titik hitam ini akan kekal.Sekiranya ia bertaubat dan memohon ampun,titik hitam ini akan hilang.Sekiranya mereka berterusan melakukan maksiat,lama-kelamaan hati mereka akan menjadi hitam.Pada saat itu,mereka terhijab dari makrifatullah.

Firman Allah yang bermaksud:

179. Dan Sesungguhnya kami jadikan untuk (isi neraka Jahannam) kebanyakan dari jin dan manusia, mereka mempunyai hati, tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami (ayat-ayat Allah) dan mereka mempunyai mata (tetapi) tidak dipergunakannya untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah), dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengar (ayat-ayat Allah). mereka itu sebagai binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi. mereka Itulah orang-orang yang lalai.

(surah al-A’raf:179)

Walaupun mereka telah melihat tanda-tanda kebesaran Allah S.W.T. yang telah diperlihatkan kepada mereka ,hati mereka tetap mengingkarinya. Keingkaran ini berkemungkinan disebabkan perasaan sombong,keras kepala dan enggan menerima kebenaran. Justeru itu,Allah S.A.W. menutup pintu hati mereka,telinga dan pendengaran mereka.Allah telah berfirman yang bermaksud:

25. Dan di antara mereka ada orang yang mendengarkani (bacaan)mu, padahal kami Telah meletakkan tutupan di atas hati mereka (sehingga mereka tidak) memahaminya dan (Kami letakkan) sumbatan di telinganya. dan jikapun mereka melihat segala tanda (kebenaran), mereka tetap tidak mau beriman kepadanya. sehingga apabila mereka datang kepadamu untuk membantahmu, orang-orang kafir itu berkata: "Al-Quran Ini tidak lain hanyalah dongengan orang-orang dahulu."

Membentuk personaliti mengikut syariat islam

Firman Allah yang bermaksud:

57. Hai manusia, Sesungguhnya Telah datang kepadamu pelajaran dari Tuhanmu dan penyembuh bagi penyakit-penyakit (yang berada) dalam dada dan petunjuk serta rahmat bagi orang-orang yang beriman.

(surah yunus:57)

Firman Allah yang bermaksud:

34. Dan tidaklah sama kebaikan dan kejahatan. Tolaklah (kejahatan itu) dengan cara yang lebih baik, Maka tiba-tiba orang yang antaramu dan antara dia ada permusuhan seolah-olah Telah menjadi teman yang sangat setia.

( surah al-fussilat:34)

Rasulullah telah memperingatkan:maksudnya:

Bertaqwalah kepada Allah di mana saja kamu berada,dan ikutilah perbuatan jahat itu dengan kebaikan,supaya terhapus kejahatan dan bergaullah dengan sesama manusia dengan budi yang baik.” (At-Tirmidzi)

Prof.Yusuf Al-Qardawi (1977:110-114) ,membuat kategori kesyumulan prinsip akhlak islam kepada beberapa aspek termasuk akhlak terhadap diri sendiri,terhadap keluarga,terhadap masyarakat,terhadap alam semesta dan terhadap Allah.Manakala Muhammad Abdullah Darraz (1991:687-779) ,pula memberi klasifikasi prinsip akhlak amali islam kepada akhlak individu,keluarga,masyarakat,pemerintah dan keagamaan.

Jalan-jalan pembentukan wibawa dan personaliti

1. melalui pemberian Allah

2. melalui usaha ikhtiar atau latihan

3. melalui pengaruh kawan

Keagungan wibawa personaliti Rasulullah s.a.w.

Tidak ada makhluk yang lebih mulia akhlaknya melainkan Rasulullah.Walaupun Allah telah menjamin Rasulullah sebaik-baik makhluk,sebaik-baik akhlak dan terpelihara daripada kejahatan dan dosa,tapi selaku hamba Rasulullah sentiasa berdoa agar Allah mengelokkan akhlaknya dan menjauhinya daripada akhlak buruk . sifat itu merupakan salah satu daripada sifat tawadhuk baginda,disamping dilakukannya untuk tujuan agar ditiru dan diikuti oleh umatnya.

Bagaiman pula dengan kita yang tidak ada jaminan dan tidak dilahirkan selaku manusia yang sedia berakhlak mulia.Lebih-lebih lagi patut kita berusaha membina akhlak mulia melalui latihan yang bersungguh-sungguh tanpa henti-henti dan tanpa mengenal jemu.Kita contohilah apa yang dilakukan oleh Rasulullah. Disamping berusaha diiringi pula dengan doa agar Allah membantu dan memimpin kita mencapai akhlak terpuji.

Kita lihat bagaimana setiap ketika Rasulullah berdoa dengan doa-doa berikut:

اللهم حسن خلقي وخلقي

Maksudnya: “Ya Allah,elokkanlah akan kejadian tubuh badanku.dan elok pula akan akhlak ku”

(Riwayat Ahmad)

Gambaran personaliti muslim yang syumul

Firman Allah yang bermaksud:

24. Tidakkah kamu perhatikan bagaimana Allah Telah membuat perumpamaan kalimat yang baik[786] seperti pohon yang baik, akarnya teguh dan cabangnya (menjulang) ke langit,

25. Pohon itu memberikan buahnya pada setiap musim dengan seizin Tuhannya. Allah membuat perumpamaan-perumpamaan itu untuk manusia supaya mereka selalu ingat.

[786] termasuk dalam Kalimat yang baik ialah kalimat tauhid, segala Ucapan yang menyeru kepada kebajikan dan mencegah dari kemungkaran serta perbuatan yang baik. kalimat tauhid seperti Laa ilaa ha illallaah.

(surah Ibrahim ayat: 24-25)

Perumpamaan di atas,Allah telah mengumpamakan akan makhluk manusia baik,yang beriman dan bertakwa yang telah tertanam di dalam hatinya akan KALIMAH TAYYIBAH,ia akan menjadi seperti sebatang pokok yang baik serta berguna,yang ada akar tunjang yang teguh dan ranting dan dahan yang menjulang tinggi mencakar langit dan yang mengeluarkan pula buah-buah yang enak yang dapat dinikmati dan menjadi tumpuan oleh semua makhluk di bumi Allah ini.

Analogi itu Allah tujukan kepada manusia yang hatinya benar-benar beriman dan bertakwa yang membuahkan akhlak yang mulia dan terpancar sifat (akhlak) yang baik.

0 comments: